Atuk = Sha'ari Bin Abdullah, Onni = Faridah Binti Mohd Ariff, Mak Long = Norlaili, Pak Ngah = Mohd Zaini, Pak Lang = Mohd Fuad,
Auntie = Noraziah, Mak Teh = Nur Ain, Mak Ndak = Nazuha, Acu = Nur Fariha & Pak Su = Muhammad Firdaus

Saturday, July 31, 2010

Al-Kisah Aziah a.k.a Auntie



http://www.facebook.com/aziah2603



Noraziah a.k.a Aziah, Mama, Ziah, Dik Ziah, Kak Yah, Cik Yah, Auntie, telah dilahirkan oleh Onni pada 26 Mac 1984 di Gerik, Perak. Merupakan anak yang ke-5 kalau ikut urutan yang sebenar (termasuk arwah Abang Adli yang telah kembali ke rahmatullah masa umur beliau 1 bulan). Masa kecil merupakan kanak-kanak yang sangat comel githu dan ketika dewasa (sekarang) merupakan wanita yang sangat jelita. Hahahahaha!

Pendidikan
  • Mendapat Pendidikan awal di Tadika Pasti Baling, Kedah pada tahun 1990 ketika berumur 6 tahun. Best sangat masa ni coz mesti xsabar tunggu masa rehat. Nak makan nasi lemak Pak Ein (xreti eja). Sedap sangat walaupun ciput ja nasik dia. Murah ja. Sekupang a.k.a 10 sen. Tapi Mama tadika tak habis. Nak tau kenapa? Sebenarnya semua xtau rahsia kenapa Mama selalu xmau p tadika. Slalu buat perangai & ponteng. Sebabnya, Mama slalu kena buli. Time rehat ja mesti kena buli. Mama slalu nangis bawah meja. Takut. Biasala. Budak2 lg time tu. Hehehehe... Tak menjejaskan hidup Mama pon pasal buli tu. Kelakar adala. ;D

Kawan-kawan Mama masa tadika dulu. Ada yang Mama still contact sampai skang.


Kawan-kawan perempuan. Setahu Mama setakat ni, 4 orang dalam pic ni skg jadi cikgu cam Mama jugak.
  • Lepas tu, Mama masuk darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah. Mula2 kelas last skali, 1 Melati sebab Atuk daftar lambat. Darjah 2 naik 1 klas. 2 Mawar. Prestasi Mama masih xnaik so, Mama dok klas 3 Mawar utk the next year. Masa hujung tahun darjah 3, Mama jd cerdik sket, so ms darjah 4, dok klas paling atas. 4 Pintar! Tp kelas tu, suma bdk2 pndai belaka. Betul. Budak kelas tu mmg pandai2! Tension Mama. Tapi at last, Mama dpt keputusan UPSR 4A. Hahaha! Bangga la jgk. Tak sangka Mama dapat. Nama xtersenarai pon lam pelajar yg ditarget. kekekeke... Pemeriksa silap check kot noh... Mama sangat suka zaman sek ren ni. Hepi sgt2!

Gambar masa Darjah 6. Ni semua pelajar yang dapat UPSR 4A tahun 1996.
  • Abis sek ren, Mama masuk tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling, Kedah. Mama still dok Baling. 1KB, 2KB, 3KB. Pas2 result PMR biasa2 ja. Mama frust ngn result PMR. Geram tul. Form 4 still dok sek tu lg. 4 Akaun. Mendapat tentangan awal dr Atuk & Onni masa nak amek kos akaun tu. Atuk & Onni suh amek kos sains. Mama xminat. Mama jadi pengawas yang tak berkaliber ms ni sampai form 5. hehehehe.. cam lawak ja.

Tingkatan 3KB tahun 1999

Tingkatan 4 Akaun tahun 2000

Tingkatak 5 Akaun tahun 2001
  • Berbekalkan result SPM 2001, Mama pon masuk Kolej Matrikulasi Perlis. Kos Perakaunan. Balajaq setahun. Tp Mama xsuka dok Matrik coz 1st time dok jauh dr family. Asyik nangis ja. Result pon ntah pape. Berdasarkan result matrik, Mama bertekad utk tukar kos. Dah xmau amek akuan. Mama xbleh bwk. Mama apply 1: UUM, Multimedia, 2:UPM, Multimedia 3:UUM, IT masa isi borang UPU Online. Lagi 4 pilihan tu sumanya yg berkaitan ICT.
  • Mama dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia, pada tahun Jun, 2003. Kos yang Mama mintak tu la. Multimedia. a.k.a Multimed. Mama jatuh chenta ngn Multimed. Syok blajaq Multimed ni. Tapi Mama lemah bila masuk coding2, n op kos yg subjek IT nya paper. hehehehe... Belajaq 3 thn & konvo pada 11 Mac 2007, sesi ke-2 nya Konvokesyen ke-19. Tak aci tol konvo lambat sbb praktikal dak Multimed & IT 4 bln. So xdan konvo masa sesi 1. Xpala. Janji tamat belajar.
Gambar konvo UUM Papa & Mama. Papa konvo ke-19 sesi 1. Mama sesi 2.

  • Pas2 Mama keja kat SP Fastprint Sdn Bhd, Sg Petani, Kedah. Jd Graphic Designer. Major task, buat kad kawen. Sat ja keja lam 5 bulan. Masa keja situ, Mama apply DPLI. Tak tahan lor balik lambat. Pas berhenti keja, jadi penganggur terhormat sampai bln 12. Hahahaha..
  • Lepas Mama lulus Ujian MedsI & interviu utk Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI), Mama pon masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kos, Produksi Multimedia. Subjek vokasional sekolah menengah harian. Best subjek ni. Untung mana2 sekolah yang tawarkan subjek ni. Setahun ja blajar kt UPSI. Mama praktikal kat Sekolah Menengah Pulau Nyior, Jitra, Kedah, Ngajaq Produksi Multimedia. Best sgt! Bln Januari 2009, Mama dipostingkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, Langkawi, Kedah. So, skg dok Langkawi. Sepanjang thn 2009 tu, Mama selalu sedih ja. Nanti Mama citer lain. Penat dah nak mengarang.

:: THE JOURNEY TO 2010 ::

Kali ni Mama nak kongsikan secara ringkas perjalanan hidup Mama sehingga tahun 2010. Mama bertemu dengan Mr. Right Mama masa Mama study kat UUM. Tahun 2, masa sem 3 baru Mama jumpa dia. Tu pon secara kebetulan Mama join Sukarelawan PLKN. Dia jadi Ketua Urusetia a.k.a KU Mama. Masa mula-mula jumpa tu, tidaklah pulak Mama ni jatuh cinta pandang pertama. Tengok pon, camtu-camtu ja. Hihihihihi... Adalah satu babak yang mengaitkan budak-budak India yang menyebabkan Mama jatuh hati. Dia lifesaver Mama la time tu.

Mr Right Mama dulu, kini dan selamanya.

Masa bercinta dulu.

Dipendekkan cerita, bercinta la dengan Mr. Right tu yang bernama Hamdan Bin Anuar. Pada 29 April, 2009, Mama pon bertunang.

Ni gambar tunang yang Mama edit sendiri. Time tu belum kerja, so ni la kerja Mama.


Ni pon sama. Mama edit sendiri.

Ringkaskan lagi, Mama sah bergelar Mrs. Hamdan pada 9 Mac, 2010. Dinikahkan di Masjid Kampung Bujang, Merbok, Kedah.


Gambar nikah, kenduri pihak Mama (Hijau) & kenduri pihak Papa (Maroon). Streamer tu, Mama design sendiri. Tapi simple ja coz last minute wat. Design kedai tu tak cun so Mama reject n wat sendiri.

Ni tempoh Papa & Mama bergelar suami isteri sehingga sekarang. Kalo code dia xrosak, dia akan automatik generate tempoh perkahwinan Papa & Mama sampai bila2. Credit to insan yang create Daisypath ni. Sangat2 la berguna.

Daisypath Anniversary tickers

Ni plak gambar2 sekitar hari Pernikahan, Persandingan pihak perempuan (buat kat umah atuk & onni kat Merbok) & pihak lelaki (buat kat dewan kat kampung Papa). Semua gambar yang di edit tu, Mama edit sendiri. Time tu boring blom posting lagi. Lagipon memang tu la hobi Mama. ;D

Akad & sign agreement.

Bersama pengapit2 Mama.

Sah bergelar isteri.

Milikmu Selamanya.

Gambar nikah edited by Mama.

THE DAY | 090308.

Resepsi pihak perempuan.

Resepsi pihak perempuan.

Resepsi pihak perempuan.

Resepsi pihak perempuan.

Resepsi pihak perempuan.

On the way nak ke kenduri pihak lelaki. Lapo punya pasal, Mama mkn megi bowl lam keta. Hahahahah! Mahal pic ni.

Resepsi pihak lelaki.

Resepsi pihak lelaki. Selepas acara menepung tawar.

Big family.

Syok sendiri. Hahahaha!

Hehehehehe...

Bulan 8, 2009, Papa dipostingkan ke Sarawak. SK Kelapa Sawit No. 1. Mama plak tengah praktikal kat SMK Pulau Nyior, Jitra, Kedah. So, Mama dok sorang2 ja kat sana. Sedih. Menambahkan lagi kesedihan, Mama mintak posting dekat Papa tapi tak dapat. Mama dah siap bawak semua barang2 ke Sarawak dah kononnya dapatla Mama posting kat Papa. Yer la. Mintak posting Sarawak, tempat orang tak mau p, mestila dapat. Semua orang cakap mesti dapat punya. Rumah sewa pon Papa dah sediakan kat sana. Sebulan RM600 kos sewanya. Mama pon dah excited nak hias rumah tu. Mama ikut Papa ke sana bulan Disember, 2008. Sebelum bukak sekolah. Papa dah siap belikan kereta (si gemoks) untuk Mama guna p sekolah kat sana. Mama sempat stay kat sana ngan Papa 2 minggu ja rasanya. Pastu kena angkut balik semua barang2 Mama & charge beg besaq tu sangat la mahal. Mama kena balik sendiri sebab Papa dah start sekolah time tu. Flight lak delay. Sedih maaa... Huhuhuhu...

Ni Gemoks masa baru amek dia kat kedai. Sampai ja kat Miri bulan 12 tu, terus p amek Gemoks.
Ni la rumah sewa yang berharga RM600 tu. Tapi fully furnished la.

Sempat la Mama bahagia sekejap time tu ngan Papa. Tu pon sempat jalan kat Luak Esplanade ja.

13 Januari 2009, Mama kena posting di SMK Ayer Hangat, Langkawi. Terpisah dua lautan. Banyak betul dugaan. Mula-mula Mama duduk berlima dalam satu rumah kat Kuarters SMK Ayer Hangat. Mama disahkan mengandung masa bulan 1 tu. Hepi sangat2. Masa Mama duk rumah tu, macam-macam hal berlaku (Malas nak citer. Kalau boleh xmau ingat langsung dah pasal tu. Sakit hati, jiwa, jantung suma ada). Mama asyik menangis ja. Dah la mengandung, jauh ngan Papa lak, pastu ditambah lak ngan masalah dalaman rumah time tu. Tension sangat sampai darah Mama naik. Mama berusaha untuk cari umah sewa lain. Akhirnya dapat & Mama pon dok sorang2. Darah pon dah tak naik dah. Aman jiwa. Tapi sedih tu tetap berlarutan sebab, Papa jauh. Jarang2 sangat dapat jumpa. Mama dah la mabuk laut. Tu la masalah Mama sampai skang. Bila nak naik feri ja, mula la rasa gelisah semacam. Huhuhuhu...

Preggie Me.

Mama nak pendekkan lagi cerita. Malas nak citer pasal Mama kuar masuk wad. Tension ja dok lam wad. Mama pon lahirkan Prince Charming Mama pada 22 September, 2009 di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Berat Harith 3.07kg. Alhamdulillah, bersalin secara normal. Hero Mama dinamakan Muhammad Harith Darwisy. Papa nak nama Harith. Mama nak nama Darwisy. So, letak dua2 skali. Semoga Harith menjadi anak & insan yang Darwisy. Amin...

Lilypie First Birthday tickers


Ni Harith masa 1st day dia. Mama xleh tido lepas deliver coz excited sangat. Mama pon snap la gambar dia banyak2. Towel hijau tu, Papa yang beli. Dia suka sangat towel tu. Kira cam penghargaan la Mama bagi towel tu kat nurse untuk pakaikan kat Harith buat kali pertama.

Sekarang Mama rasa hidup Mama semakin lengkap dan bermakna. Mama bahagia disamping Papa + si buchuk Harith Darwisy! Mama sertakan gambar2 keluarga Mama yang bahagia ni. hehehe...

Papa & Mama.

Papa & Mama.


Papa, Mama & Harith. My heroes : Papa & Harith.


Hero Mama. Harith Darwisy.


Heroin Mama. Red Yummy. Yum! Yum! (Sebok ja dia interprem kan? kekeke. Gemoks interprem so Red Yummy pon kena interprem gak la)


Masa bercuti dengan kawan2 Papa kat The Lost World of Tambun


Papa+Harith+Mama

Papa+Mama+Harith

Papa+Mama+Harith



No comments:

Post a Comment